Kasih Seharum Lavender – Bab 9

Posted by Unknown on 27 September 2011. Filed under: ,
No Comments »

  TERNYATA Lynn mengotakan janjinya. Apa yang dia lafazkan bukan sekadar omongan kosong. Sampai empat hari berturut-turut, telingaku tidak pernah lekang dari mendengar kata-kata maaf darinya. Semalam, dia meletakkan sekeping sampul surat berwarna merah jambu yang berisi kad yang tertulis ‘I’m sorry’ di atas meja belajarku. Dia benar-benar berhempas-pulas supaya aku memaafkannya. Aku dulu pun tidaklah segigih dia begini....
»»  read more

Kasih Seharum Lavender – Bab 8

Posted by Unknown on 26 September 2011. Filed under: ,
1 Comment

TIGA hari telah berlalu semenjak kehilangan diari Lynn. Hubunganku dengan yang lain tetap seperti dulu. Seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku. Sekembalinya ke rumah malam aku melarikan diri itu, Kak Ayu berkali-kali memohon kemaafan. Memohon maaf atas keterlanjurannya ‘menyoal-siasat’ diriku. Aku bersyukur kepada ALLAH kerana mengembalikan kepercayaan mereka terhadapku. Dan juga kerana melindungi hati mereka dari terpengaruh...
»»  read more

Kasih Seharum Lavender – Bab 7

Posted by Unknown on 24 September 2011. Filed under: ,
No Comments »

Lembaran buku rujukan setebal satu inci menjadi tatapanku. Ligat tanganku menyalin isi-isi penting ke dalam buku nota. Nota yang diberi Prof. Smith sewaktu kuliah siang tadi, tidak lengkap. Terpaksalah aku menjejak kaki ke perpustakaan mencari bahan rujukan tambahan. Dan, seterusnya membuat nota sendiri di rumah. Dalam kelekaan aku menyiapkan nota, kedengaran pintu bilik diketuk perlahan. “Masuk!” Laungku dari dalam. Pintu...
»»  read more

Kasih Seharum Lavender – Bab 6

Posted by Unknown Filed under: ,
No Comments »

KEESOKAN harinya, Miss Snooty demam secara mengejut. Badannya panas. Seisi rumah risau dan bimbang dengan keadaannya. Puas diajak ke klinik, tapi dia menolak. Ayat lazim keluar dari mulutnya - lepas makan ubat, sihatlah. Walau makan ubat pun, tapi perlu juga diperiksa oleh doktor. Takut penyakit lain menimpa.Begitu pun, siapalah aku hendak memaksanya. Aku menjengukkan kepala di dapur. Kelihatan Kak Syima dan Kak Ayu sedang sibuk...
»»  read more

Kasih Seharum Lavender – Bab 5

Posted by Unknown on 22 September 2011. Filed under: ,
No Comments »

SIAP! Aku tersenyum puas hati. Kedengaran gelak-ketawa dari ruang tamu. Gamat! Segera aku beredar dari bilik. Ingin berkongsi apa jua cerita menarik yang mereka bualkan. Aku mengambil tempat di atas lantai. Pandanganku tidak kuhalakan pada Miss Snooty. Sejak kejadian botol lalat seminggu yang lalu, aku semakin berusaha menggelakkan diri dari dia. Amarahku kadang-kala akan timbul semula di kala aku teringatkan kejadian itu....
»»  read more

Kasih Seharum Lavender – Bab 4

Posted by Unknown on 18 September 2011. Filed under: ,
No Comments »

“ASSALAMUALAIKUM!” Laungku ke dalam rumah. Kunci pintu utama kumasukkan kembali ke dalam beg galas. Aku melilaukan pandangan ke seluruh ruang tamu yang kosong tidak berpenghuni. Tiada kelibat sesiapa di situ. Sunyi-sepi saja rumah ni. Mana dia orang pergi? Desisku. “Walaikummussalam.” Suara Fariza menjawab salamku tiba-tiba. Terkejut aku dibuatnya. Masakan tidak, hanya suara dia yang kedengaran. Batang tubuhnya langsung...
»»  read more

Kasih Seharum Lavender – Bab 3

Posted by Unknown on 17 September 2011. Filed under: ,
No Comments »

HARI yang dinanti tiba jua. Tidak sabar-sabar aku menanti orangnya. Dan, untuk menyambut kedatangan orang baru, semalam seharian aku mengemas bilik. Meletakkan barang-barangku di sebelah dan memberikan ruang untuk bakal teman baruku itu nanti. Excited habis! Ring!!!! Ring!!!! Loceng rumah berbunyi dengan nyaring. Sebelum sempat aku melangkah ke arah pintu, kelihatan Fariza sudah di hadapan pintu. Yang lain tiada d irumah....
»»  read more

Kasih Seharum Lavender - Bab 2

Posted by Unknown on 10 September 2011. Filed under: ,
No Comments »

BUK!! Secara tidak sengaja aku terlanggar seorang pelajar. Dia terdorong ke hadapan, hampir-hampir terjatuh. Namun, dia sempat mengawal imbangan badannya. Aku pula sempat mendakap dengan erat buku-buku yang dikendong ke dada. Tindakan drastikku untuk menghalang buku-buku itu dari berteraburan di atas lantai koridor. Jenuh aku nak mengutip buku-buku itu nanti dalam kelompok pelajar yang ramai ini. Jika ada yang mahu menolong, untung...
»»  read more