Kasih Seharum Lavender - Bab 2

Posted by Unknown on 10 September 2011. Filed under: ,
No Comments »


BUK!! Secara tidak sengaja aku terlanggar seorang pelajar. Dia terdorong ke hadapan, hampir-hampir terjatuh. Namun, dia sempat mengawal imbangan badannya.

Aku pula sempat mendakap dengan erat buku-buku yang dikendong ke dada. Tindakan drastikku untuk menghalang buku-buku itu dari berteraburan di atas lantai koridor. Jenuh aku nak mengutip buku-buku itu nanti dalam kelompok pelajar yang ramai ini. Jika ada yang mahu menolong, untung juga aku. Tapi, kalau dibuatnya buku-buku aku itu macam bola, memang nahas aku. Tercongok-congoklah aku seorang nak mengutipnya.

Itulah padahnya kalau berjalan tidak melihat ke hadapan. Sudahlah bangun lewat, bas pula lambat. Terkocoh-kocoh aku berjalan masuk ke universiti, mencari kelas. Baru seminggu belajar kat sini, sudah pandai nak buat hal. Leterku di dalam hati. Panas hatiku mengenangkan sikapku yang kadangkala cuai.

I’m sorry,” Pantas ayat itu keluar dari bibir. Maaf perlu dipinta. Sudah salahku. Aku menghalakan pandangan ke arah pelajar tersebut. Manis dan cantik orangnya. Bertudung pula. Takku sangka pelajar itu dari Asia Tenggara juga. Namun, aku kurang pasti samada dia dari Malaysia, Indonesia ataupun Brunei.

“Buta ke?” Tengkingnya tiba-tiba. Jeritan suaranya menggegarkan gegendang telingaku. Macam nak pecah rasanya. Dia memandang tepat ke wajahku. Tajam pandangannya. Marah sangat ke perempuan ni? Rasanya, aku sudah minta maaf tadi. Ataupun, aku telah tersilap menuturkan ayat?

Tiada langsung senyuman di wajahnya. Habis wajah yang cantik itu bertukar menjadi seperti muka samseng. Serius dan menakutkan. Sorotan matanya saja macam nak telan aku hidup-hidup. Aku langsung menjadi kecut perut. Gerun hendak menatap wajahnya.

“Lain kali, jalan pandang depan. Mata tu letak kat atas, bukannya kat lutut.” Sinis dia bersuara sambil terus berlalu pergi. 

Aku terkedu dengan reaksi dan tindakannya. Jelas sekali dia juga berasal dari negara yang sama denganku. Malaysia. Tetapi, kenapa sekasar itu bahasa pertuturannya? Sepatutnya bila berada di perantauan, jauh dari tanahair tercinta, kita akan lebih menghargai dan rasa gembira kerana bertemu dengan orang yang sebangsa dan seagama dengan kita. Tetapi, dia? 

Perilaku dan lagaknya sungguh sombong! Terdetik di benakku, takkan semua orang Malaysia di sini sombong begitu. Benda sekecil ini pun tidak boleh nak dimaafkan? Bukan aku sengaja. Manusia… rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Tak semua pandangan kau sama dengan orang lain, Hani. 

Rasanya, hendak saja aku kejar perempuan itu dan menjelaskan bahawa aku tak sengaja. Tapi, aku hanya ada sepuluh minit sahaja sebelum kelas bermula. Lagipun, aku masih perlu mencari di mana lokasi kelas aku. Mahu tak mahu, aku terpaksa berlalu dari situ dan melupakan seraut wajah ‘samseng’ itu. 

Hampir lima minit aku terpaksa berlegar-legar di kawasan fakulti. Kenapalah semua universiti dibina di kawasan yang luas? Penat nak menapak masuk ke universiti satu hal, terpaksa ‘bersiar-siar’ mencari kelas, satu hal lagi. Tambahan pula bila masa ‘darurat’ macam ni… 

Tidak usah nak membebel. Salah kau juga, Hani. Bangun lambat! Marahku pada diri sendiri.

Akhirnya, aku berjumpa juga bilik kuliah yang aku cari tiga minit sebelum kuliah bermula. Sebaik aku melangkah ke dalam kelas, mataku tertancap pada seraut wajah yang amat aku kenali. Bukan kenal lama. Tetapi, baru dikenali lebih kurang sepuluh minit yang lepas. Perempuan itu! Miss Snooty! Pandai-pandai saja aku beri gelaran itu pada dia. Ah, bukan salahku. Dia yang memberikan tanggapan dirinya begitu.

Dia hanya menjeling sekilas ke arahku. Sebuah jelingan yang menggambarkan dia cukup tidak senang dengan kehadiranku. Seperti tadi, tiada senyuman yang terukir di wajahnya. Melihat riak wajahnya yang seperti itu  membuatkan perasaan malas menapak di hatiku. Malas untuk ‘membebel’ padanya tentang salahku yang tak disengajakan tadi. Sekaligus, memohon kemaafan buat kali kedua. Biarlah.

Aku mengatur langkah menuju ke ruang kosong di bahagian sebelah kiri kelas. Tidak sedikitpun aku memandang ke arahnya. Aku memerhati sekeliling. Nampaknya hanya aku dan Miss Snooty pelajar dari Malaysia. Yang lain semuanya berbangsa asing. Apalah nasibku hari ni.

* * *

ALHAMDULLILAH, aku memanjangkan syukur. Nasib baik ,dia masih ada di situ. Aku mempercepatkan langkah.

“Iza!” Laungku pada seorang gadis yang berdiri terpacak menanti kedatanganku di hadapan fountain di perkarangan universiti. Gadis itu berpaling. Mukanya masam mencuka. Lebih masam dari buah asam yang berkedut seribu.

Pertama kali aku bertemu dengan Fariza ialah semasa hari pertama pendaftaran universiti. Detik itulah bermulanya perkenalan kami. Namun, apabila berakhirnya sesi pendaftaran, kami berpisah haluan. Fikirku, perkenalan kami cuma setakat itu sahaja. Iyalah, pelajar universiti bukannya sedikit. Ramai. Terlalu kecil peluang untuk kami berjumpa lagi. 

Tetapi, dengan kuasa ALLAH, kami bertemu lagi. Bukan di universiti tetapi di rumah yang bakal aku sewa bersama pelajar senior yang lain. Malah, pada petang hari pendaftaran itu juga. Kurang dua jam selepas kami berpisah. Sesungguhnya aku gembira bila mendapat tahu kami berkongsi rumah yang sama.

“Dah lama tunggu?” Aku menyapa dengan senyuman bersalah. 

“Lama. Macam bertahun. Nasib baik aku tak pergi dulu. Tumit aku ni dah naik kematu. Student yang lalu-lalang kat sini, asyik pandang muka aku aje. Ingat aku ni statue baru kat sini gamaknya. Apasal lambat?” tanyanya disertai bebelan percuma buatku. Beg sandangnya yang hampir melurut jatuh, ditolak ke atas bahu semula.

“Tak sengajalah. Professor tamatkan kuliah lambat sikit hari ni. Aku minta maaf,” Pohonku ikhlas. 

Lambat sikit? Detik hatiku. Setengah jam diklasifikasikan sebagai lambat sedikit ke? Ikut sedap mulut aku saja menuturkan perkataan itu. Untung juga Fariza seorang yang penyabar. Kalaulah tidak, sudah pasti dia tinggalkan tempat ini lima belas minit yang lalu. Sedetik, aku berasa kasihan pada dia kerana terpaksa menantiku terlalu lama. 

Sebenarnya, tiada apa yang mampu aku lakukan ketika Prof. Smith meneruskan tutorial-nya. Takkan aku hendak menghalang dia mengajar pula? Sepanjang masa ‘tambahan’ itu, aku hanya mendengar dan menyalin apa yang disebutnya tanpa bersuara apa-apa. Apalagi, teman-teman sekuliahku yang lain pun bagaikan tidak kisah. Terpaksalah aku mengunci mulutku rapat-rapat. Bimbang pula ia terlebih ‘berfungsi’. Dan dalam kekalutan itu, sempat juga aku memikirkan ‘nasib’ Fariza di sini. Entah apa yang terjadi pada dia.

“Yalah, yalah. Kemaafan diterima. Jomlah. Perut aku dah tak tahan lapar,” Ujarnya. Lengan ku ditarik laju ke arah kafeteria universiti. Aku hanya menurut. Takut nak membantah dan mendengar lagi bebelan Fariza yang panjang. Tambahan pula, aku rasa bersalah kerana membuatkan dia menunggu lama di situ. 

Hatiku senang mendengar Fariza memaafkan kelewatanku. Serta-merta aku teringatkan perempuan pagi tadi. Kenapa dia tidak seperti Fariza? Senang memaafkan kesalahan orang lain. Kenapa perlu terlalu berkira? Sedangkan Nabi Muhammad pun ampunkan umatnya. Selama ini, tidak ada pulak aku terdengar, jika kita memaafkan orang lain, kita kena membayar duit ataupun kena membunuh diri. Ish… susah betul nak faham kerenah manusia ini!

Suasana di kafeteria hiruk-pikuk bila kami tiba. Tidak ubah seperti berada di pasar. Keadaan gamat dengan suara pelajar bersembang dan berbincang. Juga kedengaran bunyi pinggan mangkuk berlaga. 

Mataku memerhati ke sekitar ruang. Mencari-mencari meja makan kosong. Kelihatan tidak banyak meja makan yang tinggal. Kebanyakannya telah pun berpenghuni.

Setelah puas berfikir dan menimbang-nimbang kedudukan yang strategik, aku dan Fariza memilih meja makan yang terletak berdekatan dengan pintu. Boleh mencuci mata melihat pemandangan di luar. Senang juga nak melarikan diri sekiranya ada kebakaran. Detik hatiku nakal.

Belum sempat aku duduk, Fariza bersuara.

“Kau tolong orderkan untuk aku, boleh? Seru alam panggil ni!”

“Seru alam?” Ulangku dengan dahi berkerut seribu. Apa benda yang Fariza cakap ini? Seru alam itu apa?  Orang? Ish… mustahil ada ibu bapa yang sanggup letak nama anak mereka ‘seru alam’. Pelik semacam aje. Kalau Melati, Melur atau Kiambang, biasalah aku dengar. Hatiku tertanya-tanya.

Fariza ketawa melihat reaksiku. Agaknya buruk sangat riak wajahku kala itu. Aku pula terlupa nak membawa cermin. Kalau tidak, bolehlah aku belek sekejap wajahku ini. Nak tengok juga, bagaimana ‘segaknya’ rupaku hinggakan Fariza boleh ketawa sebegitu.

“Aku nak pergi toilet lah… Tolong ek!” Terangnya dalam sisa ketawa yang masih ada. Masya-ALLAH, aku ingatkan benda apa tadi. Buat panik saja Fariza ni. Omelku dalam hati.

“Ok. Kau nak makan apa?” Soalku sambil berfikir tentang apa yang aku hendak makan. 

Burger and fresh orange. Aku pergi dulu. Tak tahan dah ni,” Pantas Fariza berkata. Cepat langkahnya diatur keluar kafeteria. Meninggalkan aku keseorangan. Aku hanya menggeleng kepala melihat kelakuannya. Kacau sungguh! Tadi sibuk cakap lapar, sekarang sibuk nak pergi tandas pula. Makan pun belum, sudah nak membuang? Dahsyat! Senyuman kecil terukir di bibirku.

Kurang lima minit selepas Fariza pergi, aku menghayunkan langkah kaki ke kaunter. Pesanan menu tengahari, laju disampaikan pada penjaga kaunter. Dan seminit kemudian, dua burger, satu fresh orange dan satu pepsi terhidang di dalam tray coklat. Aku bergegas ke kaunter juruwang pula. Membayar harga makanan yang diambil. Setelah itu, aku membawa tray ke meja makan yang sedia menanti.

Tiba-tiba…

Buk! Melayang tray berisi burger, fresh orange dan pepsi ke udara. 

Pang!!! Lalu mendarat di atas lantai kafeteria. Bunyinya bergema di segenap ruang. Serta-merta, ruang kafeteria yang tadinya hiruk-pikuk menjadi sunyi-sepi. Seperti lepas dilanggar garuda. Semua mata tertumpu ke arahku. 

Malunya!!! Merona merah aku rasakan wajahku di kala ini. Aku terpaku dan kaku di tempat aku berdiri. Percikan air gabungan fresh orange dan pepsi mewarnai seluar dan bajuku.

Andai kata aku ahli silap mata, sudah lama aku hilangkan diri daripada tatapan mata-mata mereka yang tidak tahu nak mengalihkan pandangan ke arah lain. Pandang anak dara orang sikit-sikit, sudahlah! Eeii, susah juga jadi orang glamour secara tiba-tiba ini, rungutku. 

Aku kembali semula ke dalam diri. Menghalang diriku dari terus hanyut. Aku perlu berhadapan dengan kenyataan bahawa di kala dan tika ini, aku, Nur Irdina Farhani berada di dalam keadaan yang genting. Aku perlu memilih di antara berdiri di sini dengan muka selamba seraya menambahkan ketebalan kulit mukaku menjadi sepuluh sentimeter ataupun terus lari seperti road runner lalu menyembunyikan diri di dalam tandas. Manusia manalah yang buta! Marahku dalam hati ketika aku masih berkira-kira dengan pilihanku. Namun, pantas aku tersedar. Salah aku juga kejadian tidak terduga ini terjadi. Entah di manalah aku dah lemparkan pancaindera yang ALLAH berikan padaku sebentar tadi. Khusyuk berjalan hingga terlupa untuk memandang ke kiri dan kanan. Mujur aku di dalam kafeteria, kalau di jalan raya? Alamatnya, dah lama aku tersadai di katil hospital! 

Aku menoleh ke kanan. Ingin memandang tuan empunya badan di samping meringankan bibirku ini untuk meminta maaf.

Hampir tersembul biji mataku memandang seraut wajah yang berdiri mematung di depanku. 

Dia! Perempuan yang aku langgar pagi tadi. Ini kes nak balas dendam ke? Mesti dia yang punya angkara.

Terasa darahku menggelegak tiba-tiba. Perasaan malu yang membelenggu jiwaku sebentar tadi, terpadam serta-merta dibakar api kemarahan. Aku merenungnya tajam. Lebih tajam daripada pandangannya padaku pagi tadi. Matanya juga merenungku. Tapi, tidak setajam renungannya pagi tadi. 

Dia seolah-olah ingin berkata sesuatu. Terkumat-kamit bibirnya namun sepatah perkataan pun tidak terkeluar. Kawannya di sebelah yang kukira berbangsa Afrika membatu di sisinya. 

Didn’t you see where you’re going?! Next time, if you wanna go out… please, put your glasses on. It could be a real help for someone who’s longsighted as you!” Aku bersuara lantang. Sengaja aku berbahasa Inggeris. Biar satu kafeteria dengar, aku tak kisah. 

Tahap amarahku yang meninggi tatkala ini  menghalang pemikiranku dari berfikir secara logik. Berfikir tentang segala kemungkinan lain yang mungkin mencetuskan kejadian ‘perlanggaran’ tadi. Hatiku kuat mengatakan, dia sengaja mencari pasal. Aku yakin, dia memang ingin membalas dendam.

Mukanya menjadi merah padam. Barangkali malu dimarah begitu di hadapan orang ramai. Barangkali jua kerana amarah. Aku terdengar dia mendengus kasar.

I’m sorry,” Ucapnya. Suaranya tika menuturkan sebaris ayat itu amat kasar. Seperti dalam terpaksa. Aku pura-pura tidak mendengar.

Cepat-cepat aku mengutip tray dan burger di atas lantai. Sebelum berlalu ke meja makan, aku berpaling semula ke arahnya yang mula melangkah pergi. Sinis aku berkata,

“Lain kali, mata tu letak kat atas, bukannya kat lutut. Faham?” Sengaja aku memulangkan ayat itu padanya. Biar dia pula yang rasa. 

Dia berhenti seketika. Berpaling menghadapku. Tetapi, kawan perempuannya yang berambut plait itu cepat-cepat menarik tangannya agar beredar dari situ tanpa sempat dia berkata apa-apa.

Aku turut melangkah ke meja yang sedia menanti. Miss Snooty ni takkan nak suruh aku tambah satu lagi gelaran untuk dia. Fikirku sambil menggelengkan kepala. Aku tidak percaya dengan sikap Miss Snooty dan juga nasib malang yang menimpa ke atasku secara berturut-turut pada hari ini. Aku yakin, dia memang sengaja mencari pasal.

* * *

SELESAI makan malam, aku berehat sebentar di ruang tamu. Kak Ayu, Kak Suzi dan Kak Syima, senior di rumah sewaku, turut sama merebahkan diri masing-masing. Ada yang terbaring di atas karpet dan ada yang duduk di atas sofa sambil membelek majalah. Fariza masih lagi berada di dapur. Entah apa yang dibuatnya lama-lama di situ. Nak kata mencuci pinggan mangkuk, mustahil. Kami bukannya memasak. Semuanya makan makanan segera saja. Habis makan, tong sampah menjadi sasarannya.

Fariza muncul sesaat kemudian bersama piring di tangan. Beberapa potong buah epal tersusun elok di dalamnya. Ringan saja tangannya menyediakan pencuci mulut untuk kami. Dia meletakkan pinggan tersebut di atas karpet lalu mengambil tempat di sebelahku.

Kak Ayu bangun dan duduk di sisiku yang satu lagi. “Hani, ada perkara akak nak beritahu,” Suaranya membuka perbualan. 

Aku hanya meminta dia meneruskan kata-katanya melalui ekspresi wajah. 

“Hujung minggu ni ada student baru nak masuk.” Dia menepuk pahaku ringan. 

“Ada lagi ke budak baru masuk universiti kita? Mana Kak Ayu tau?” Soal Fariza dengan mulut yang penuh dengan buah epal. 

“Buruklah, Iza. Lain kali makan dulu, lepas tu baru cakap.” Kak Syima menegur dengan lembut. Menyedarkan Fariza tentang sikapnya yang kurang elok itu.

Sorry. Over excited tadi sebab terkejut, tetiba aje Kak Ayu dilantik jadi pegawai HR kat universiti,” Usiknya pada Kak Ayu setelah habis ditelannya buah epal tadi. Sengihan nakal terbit di bibirnya. 

“Kenapa pulak Kak Ayu mesti bagitau Hani?” Celahku. Aku hairan kerana Kak Ayu menyebut namaku. Dan, sudah semestinya perkhabaran itu ditujukan khas untukku.

“Ish… adik-adikku sayang. Bukan masuk universiti, cik adik oii. Masuk rumah sewa kitalah.” Serentak dengan itu, aku terdengar Kak Ayu ketawa kecil. Diikuti Kak Suzi dan Kak Syima. Nampaknya Kak Suzi dan Kak Syima dah tahu tentang perkara ini. Cuma aku dan Fariza yang terlewat mendapat beritanya.

“Apalah Kak Ayu, lain kali cakap biar terang!” Rungut Fariza. Tak puas hati sebab diketawakan. Aku tersenyum.

Sorry… jangan marah yer dik, nanti kena jual!” Giliran Kak Ayu pula mengusiknya.

Mendengar ayat yang diambil dari filem hitam putih itu, Fariza mengulum senyum. 

Student baru tu nanti akan jadi roommate Hani,” Tambah Kak Suzi. Dialihkan pandangannya padaku. Kegembiraan terpancar dari mukanya. Agaknya dia gembira bagi pihakku.

Aku memang sedar akan hal ini. Awal-awal lagi, Kak Suzi sudah maklumkan yang aku tidak akan berkelana seorang diri di bilik yang aku duduki sekarang. Fariza tinggal sebilik dengan Kak Syima. Bukan dia tidak sudi sebilik denganku, cuma katanya dia lebih senang kalau Kak Syima merangkap kakak sepupunya yang menjadi teman sebiliknya. Aku tidak kisah jika itu yang Fariza mahukan.

“Sebelum ni, dia tinggal kat mana?” Soalku pada Kak Suzi. Berniat ingin mengetahui serba-sedikit tentang latar-belakang bakal teman sebilikku itu. 

“Dengan senior lain… Kak Rohana dan geng dia, kenal?” Kak Suzi menyoalku kembali.

“Rasanya kenal kot,” jawabku teragak-agak. Aku tidak berapa pasti sebenarnya. Gambaran wajah Kak Rohana seakan-akan tenggelam timbul dalam bayangan yang aku cuba lukiskan di minda. Kulihat Fariza sekadar menganggukkan kepala.

“Tapi, kenapa dia nak pindah ke sini?” Persoalan yang ingin kuhamburkan terlebih dahulu diluahkan oleh Fariza. 

“Rumah sewa Kak Rohana tak ada junior sebaya dia. Selalu dia kena tinggal seorang kat rumah tu. Itulah sebab Kak Rohana cadangkan dia pindah ke sini. Lagipun Hani kan tak ada roommate lagi.”

Aku menganggukkan kepala sebagai tanda faham. Hatiku berlagu riang memikirkan yang aku bakal mendapat teman sebilik. Mesti best. Ada teman berkongsi cerita waktu malam. Fikiranku sibuk membayangkan rupa orangnya. Macam mana agaknya? Tinggi? Rendah? Putih? Hitam manis? Gemuk? Kurus? Macam Miss Snooty ker? 

Ish… kenapa aku teringatkan dia pulak ni?

Walaupun kejadian ‘perlanggaran’ itu sudah tiga minggu berlalu, tapi Miss Snooty masih lagi ‘meninggikan hidungnya’. Bila aku jumpa dia tiga empat kali di kelas pun, muka dia masih macam itu. Tidak senyum langsung. Kenapa? Dia pakai gigi emas ke? Takut orang culik gigi dia? Aku bersoal-jawab sendiri.

Kemarahan aku terhadapnya pasal kes memalukan itu, masih lagi bersisa di hati. Aku pernah cuba melupakan hal itu tapi agak susah. Lebih susah jadinya apabila dia sentiasa mempamerkan wajah ‘samseng’nya itu padaku. 

Nasib baik, dia tiada kena mengena dalam hidupku melainkan teman sekelas. Itupun seminggu sekali baru bertemu. Syukur!


»»  read more

Kasih Seharum Lavender - Bab 1

Posted by Unknown on 08 September 2011. Filed under: ,
No Comments »


LANGIT cerah membiru. Ditemani tompokan awan memutih di dadanya. Sungguh indah di pandangan mata. Kepulan awan yang sering berubah-ubah itu bagaikan lukisan abstrak yang dilakar. Sesekali mengkhayalkan. Itulah kuasa Yang Esa. Tidak terduga mahupun terjangkau dek fikiran manusia biasa.

“Hani!” Pemerhatianku terganggu serta-merta. Dari jauh, kedengaran satu suara memanggil namaku dengan lantang.

“Nur Irdina Farhani!” Panggil suara itu lagi. Aku berpura-pura tidak mendengar. Memekakkan telinga. Sengaja ingin melihat sejauh mana dia berusaha untuk menarik perhatianku.

“Buat apa kat sini?” Soalnya setelah menghampiri bench yang aku duduk. Aku tetap tidak menjawab. Sengaja.

“Tak dengar ke?” Keras pula nada suaranya kali ini. Marah agaknya setelah sedikit pun aku tidak membuka mulut. Rasa geli hati yang mengeletek ulu hati, dipendam kemas.

Pap! Serentak itu, satu tepukan singgah di belakang tubuhku. Aku mengaduh kesakitan. Tamparannya tidaklah perit sangat, tapi sakitlah juga. Adus, ini pula yang aku terima sebagai balasan. Padanlah muka aku, nak berlakon sangat. Leterku dalam hati.

“Sakitlah… kalau pun nak tampar, slow lah sikit!” Balasku dengan nada berpura-pura marah. Aku menoleh ke arahnya dengan wajah yang sengaja dikelatkan sedikit.

“Dah tu, aku panggil kau buat tak tahu aje.” Dia membela diri. Senyuman manis terlukis indah di bibirnya yang kemerahan.

“Macam mana kau tahu aku ada kat sini? Kau pasang spy ye?” Soalku dengan senyuman kecil. Wajahku yang kelat bertukar rupa. Mengecil anak mataku merenungnya yang berdiri di sisi. Kenapa dia tidak duduk? Fikirku musykil. Serasaku, muat lagi kalau hendak diisi dengan dua orang pengunjung pun.

“Banyaklah kau punya spy. Kau tu kalau tak ada kat rumah, mesti merayap ke sini punya,” Ujar Lynn sambil tersengih macam kerang busuk. Lynn ataupun nama penuhnya Nurul Adlynn adalah sahabat baikku merangkap teman sebilik dan serumahku di bumi UK. Negara empat musim yang menjadi gelanggang aku menuntut ilmu.

Dia duduk di sebelahku. Seolah dapat membaca apa yang berlegar di mindaku tadi. Aku mendiamkan diri. Merenung sekumpulan kanak-kanak yang bermain. Lynn turut memusatkan pandangannya ke arah yang sama. Buat beberapa ketika, kami asyik melayan diri masing-masing. Aku mahupun dia, terdiam tanpa suara.

Homesick?” Tanya Lynn ringkas tanpa memandangku.

“Mmm...”

Spontan, bibirnya menguntum senyum mendengar jawapanku.

Melihat sebuah keluarga di hadapanku membuatkan ingatanku melayang mengingati Ummi. Betapa rindunya aku pada Ummi. Setahun kami tidak bersua. Bagaimana agaknya Ummi sekarang? Makin tembamkah? Makin kuruskah?

Tiba-tiba, ketawa Lynn meletus. Lantas aku berpaling memandangnya dengan rasa hairan. Apa yang lucunya?

 “Kenapa?” Soalku pelik. Berkerut dahiku.

Dia masih tertawa. “Tak ada apa-apa…” Sembunyinya. Dia mengutip sehelai daun yang kekuningan. Terlalu awal daun itu gugur. Masih ada lebih kurang dua bulan setengah sebelum tibanya musim luruh. Mungkin tidak cukup ‘zat’ agaknya. Sebab itu, ia sudah luruh sebelum musimnya..

“Kalau tak ada apa-apa, kenapa kau ketawa? ”

“Aku teringat masa first year kat sini dulu. Betapa bencinya aku pada kau waktu tu. Tapi siapa sangka… sekarang kita dah jadi kawan baik. Like sisters. Hard to be separated.” Luah Lynn penuh perasaan. Daun di tangannya, dicarik-carikkan sebelum di biarkan jatuh bertaburan di atas rumput.

Ya… siapa sangka. Orang yang aku benci sewaktu mula-mula menjejakkan kaki ke sini menjadi kawan karibku. Tempat aku berkongsi suka dan duka. Tempat aku meluahkan setiap apa yang aku rasa. Yang setia di sisiku. Di sepanjang masa aku merantau di bumi orang.

Sekuntum senyum turut menghiasi bibirku mengenangkan peristiwa lalu.


»»  read more

[Cerpen] Obsessive

Posted by Unknown on 10 August 2011. Filed under:
No Comments »


[ A different tale of love story~ ]


“Syafiq.”

“Alina.”

Kami saling berbalas senyuman. Dia kemudian menghulurkan kad bisnesnya. Aku ambil dan baca apa yang tertera.

Mohamad Syafiq bin Mohamad Yusoff
Project Manager

PROJECT MANAGER?! Aku ingatkan setiausaha. Mengapa pula dia ‘diturunkan tugas’ menyambut kami?

Dalam soalan ingin tahu itu, aku sisipkan juga kad namanya dalam organizer yang aku bawa.

“May I have yours?” pintanya seraya menadahkan tangan. Aku hampir tergelak. Belum pernah lagi aku bertemu dengan mana-mana manusia yang meminta kad bisnesku seperti dia. Selalunya, kalau sudah aku hulurkan kadku, barulah ada yang menadah tangan. Tetapi dia amat berbeza sekali. Belum diberi sudah menadah.

Segera aku keluarkan salah satu kadku yang sentiasa aku simpan di dalam organizer. Aku serahkan padanya.

“Thank you. And please, have a seat. Sekejap lagi wakil dari syarikat kami akan masuk. Ada a few things yang perlu dia orang bereskan sekejap. Maaflah terpaksa buatkan awak berdua menunggu.” Dia mempelawa dengan begitu ramah. Tangannya diunjukkan pada kerusi di dalam bilik mesyuarat yang luas itu.

Aku dan Liana memilih kerusi yang paling dekat. Menghadap cermin tingkap yang cerah dan mempamerkan pemandangan luar. Vertical blinds di dalam bilik itu sudah ditolak semuanya ke tepi. Jelas-sejelasnya aku dapat melihat langit yang membiru.

“Tak apa. Anytime they’re ready, we’ll be here.” Tersenyum,  Liana menyambut kata lelaki itu.

“Do you want anything? Tea? Coffee? Cold drinks?”

Hai, ramah sangatlah Encik Shafiq ni. Sepatutnya orang lain yang melayan kami. Bukannya dia. Pelik. Namun, aku simpan rasa pelik itu dalam hati. Tak berani nak bersuara mempertikaikan tugasnya. Takut nanti dihalaunya pula kami dari situ.

Aku menggeleng tanda tidak perlu. “Mineral water ni dah mencukupi.” Aku angkat sedikit sebotol mineral water yang memang telah tersedia di atas meja.

“Kalau macam tu, I keluar dulu. Enjoy your stay here.”

Kami berdua menghantar Encik Syafiq dengan senyuman. Dan setelah pasti dia menutup pintu bilik mesyuarat itu serapatnya, aku dan Liana saling berpandangan. Saling membulatkan mata. Dan tawa kecil terhambur di bibir kami.

“Oh my god!” jerit Liana halus. “Enjoy your stay here?! Macam menginap kat hotel pulak.” Liana terkekeh-kekeh.

“Kan?!” Aku ikut terkekeh. “Yang aku musykil, kenapa project manager dia orang yang layan kita ni?”

“Entah. Humble gila! Kalau bos kita tu, jangan harap nak tunjuk muka.”

Aku menggeleng tak percaya sambil mengeluarkan senarai semakan dari dalam beg. Aku letakkan di atas meja. Persediaan awal sebelum wakil syarikat itu sampai.

“Eh. Eh.” Liana melagakan bahunya ke bahuku beberapa kali. Adalah sesuatu yang dia nak katakan tu.

“Kenapa dia minta kau punya bisnes kad?” Dahi Liana berkerut seribu. Mulalah dia fikirkan yang bukan-bukan.

“Salah ke? Biasalah kalau orang minta kan?” jawabku.

“Hmm… Aku dulu yang introduce diri aku kat dia. Tapi dia tak minta pun kad aku. Terus aje dia minta kad kau,” Liana mengetuk pipinya, berfikir. “Jeng, jeng, jeng… Adakah dia sudah jatuh cinta pandang pertama?” Tangannya berhenti, keningnya pula yang dinaikkan.

“Tak payah nak jadi Sherlock Holmes. Kita ada kerja kat sini tau. Bertukar business card tu means nothing. Kita satu company, buat apalah dia nak minta sampai dua. Salah seorang dari kita dah cukup. Atau… kau ni yang sebenarnya suka kat dia?”

Mendengar tekaanku itu, Liana menolak bahuku. Menyenget tubuhku ke kanan. “Tak kuasa I!”

Aku ketawa.

 * * *

Aku mencapai Marigold HL berperisa coklat, membelek tarikh luputnya dan setelah berpuas hati tarikh itu masih jauh lagi, aku letakkan di dalam troli. Bergerak dari situ, aku menuju pula ke bahagian menjual snack. Mata membelek setiap rak mencari cheezels. Snack berplastik biru itu aku jumpa di tempat paling hujung sekali. Aku ambil tiga bungkus sebagai stok bekalan di rumah.

“You tak tahu ke, snack tu tak bagus untuk kesihatan.” Terhenti tanganku di bungkusan ketiga. Belum sempat dimasukkan ke dalam troli. Encik Syafiq yang kujumpa tempoh hari tiba-tiba berdiri di sebelahku bersama trolinya.

Eh, dia pun bershopping kat sini? Aku menjeling isi trolinya. Kosong sahaja, apa pun tiada. Dia baru tiba agaknya kut.

“Sesekali, tak apa,” tuturku mengambil semula bungkusan ketiga yang terbantut tadi.

“Sesekali? Tapi cara you angkut tu macam bekalan untuk berminggu-minggu aje…”

Bibirku melarik senyum. “Bukan I sorang ni. Bekalan untuk seisi rumah.”

“Oh. Datang seorang aje?”

“A’ah. Tak ada orang nak teman…” gurauku.

“I kan ada. Boleh aje you nak I temankan you. Business card I yang hari tu ada lagi, kan?”

Kerongkongku tiba-tiba rasa payau. Rasa tak selesa menular ke hati. Serius ke Encik Syafiq ni?

“Ada… kut…” Aku tak pasti masih ada lagi atau tidak kad bisnes lelaki itu. Hari itu masa aku buat ‘proses pencucian’ kad-kad bisnes yang berlambak-lambak di pejabat , aku buang ke dalam tong sampah semua kad yang aku tak perlukan.

“Kut? Tak adalah tu!”

“I tak sure…”

“Tak apa. I’ll give you a new one.”

Hampir ternganga mulutku. Tak payahlah dia nak beri dua tiga kali. Aku tak perlukan pun. Buat membazir aje. Aku bukannya berurusan dengan dia pun dalam hal yang melibatkan syarikatnya. Lebih baik dia beri pada orang lain. Sekarang ni harga kertas dah mahal.

“Tak payahlah Encik Syafiq. Nanti I try cari di pejabat.”

“No. I insist. And please, panggil I Syafiq aje. Tak payah nak berencik-encik.”

Pulak... Dalam hal-hal kecil macam ni tak usahlah ber’insist’. Buang karan aje.

Dia yang berdiri di tengah-tengah laluan itu, sudah menjadi penghalang kepada orang lain. Aku yang mati kutu nak membalas kata ‘insist’nya itu, menelan liur melihat dia menolak troli ke hadapan. Betul-betul di depanku dan kemudian dia berpusing ke belakang. Seperti mahu memanjangkan lagi perbualan kami.

Sudah. Dia lupakah kami di mana? Jiwaku membuak-buak ingin beredar dari situ.

“Apa kata kita pergi minum or makan-makan sekejap? Nanti I bagi kad bisnes I.”

“Err, actually… I nak cepat ni.”

“Oh ye ke?”

“Ye…” …la Encik Syafiq oiii, jawabku dalam hati. Kalau pun aku tak cepat, memang aku akan berpura-pura. Tak kuasa la nak keluar makan minum dengan dia. Cara dia pun dah lain macam. Lagilah aku tak berani.

“I have to go now. Bye Encik Syafiq.” Tanpa menunggu sesaat pun, laju aku menolak troli ke kaunter.

Haish. Encik Syafiq tu memang sekadar ingin beramah mesra atau bak kata Liana tempoh hari, lelaki tu ada hati dengan aku? Haraplah semua tu hanya ingauan ngeri. Dan walau apa pun, aku perlu lebih berhati-hati.

 * * *

Aroma kopi memenuhi ruang bilik. Sedap sungguh baunya. Aku hirup sedikit kopi yang masih panas itu perlahan-lahan sambil membuka laptop. Sementara menanti loading windows selesai, aku bangun mengambil organizer di tepi katil dan membawanya ke meja tulis.

Belum cukup sesaat aku melabuhkan diri, handphoneku berbunyi. Berkerut dahiku melihat nombor yang muncul. Nombor siapa ni?

Aku tekan punat hijau lalu memberi salam.

“Waalaikummusalam…” Terdengar suara lelaki yang aku tidak pasti siapa. Seperti pernah dengar tetapi mindaku gagal mengesan orangnya.

“Siapa ni?” tanyaku ingin tahu.

“Syaf...” jawab lelaki itu dalam nada yang rendah.

Syaf?! Aku memikir sejenak. Syaf mana? Lif shaft tu aku tahulah. Mengada-ngada pulak lelaki ni mengguna nama pendek. Sebutlah nama panjang sikit. Sekali dengan nama bapak pun tak apa asalkan aku kenal dia siapa.

“Syaf… Syafiq…”

Syafiq? Encik Syafiq dari Unicool Engineering tu ke?

“Encik Syafiq?”

“I’ve told you not to call me Encik.”

Saat itu aku rasa ingin mencampak handphoneku ke luar tingkap. Kenapa dia call aku di waktu malam? Di luar waktu kerja pula.

Dadaku mula berdebar tidak menentu. Wajah manis Jo Hyun Jae dalam 49 days yang aku pilih sebagai wallpaper tak mampu mengembalikan debaran dadaku seperti sediakala.

“Ada apa Syafiq call saya malam-malam ni?” Mahu tak mahu terpaksa juga aku memanggil dia Syafiq sahaja. Walaupun hatiku meronta-ronta membantah. Dah orangnya ‘insist’, ikut ajelah.

“How sweet. Sedap you panggil nama I… I like,” komennya gembira.

Aduh. Dalam facebook boleh la kalau nak ‘like’. Ini, bercakap pun nak buat macam tu jugak, apa hal. Terbawa-bawa sampai ke daily life, parah betul!

Hendak mengurangkan rasa meluat yang mula berputik di hati, aku menghirup kopi yang suam-suam kuku dengan rakus. Aku cuba menyabarkan hati dari bersikap kurang ajar dengannya.

“You nak apa malam-malam ni, Syafiq?” soalku lagi. Menanyakan tujuan dia menghubungiku.

“I sebenarnya nak beritahu you.”

“Yes?”

“I sukakan you.”

This is not good news. It’s nightmare. Not in Elm street. Tapi nightmare di Lorong Permai 5!!!

“Syafiq, I…” Aku berhenti sejenak mencari ayat sambungan yang baik. Agar dia mengerti yang aku tiada hati padanya.

“I cintakan you, Alina.”

Aku memejamkan mata rapat-rapat. Perkataan cinta itu terlalu berharga. Mengapa mesti pada aku yang disebutnya? Aku hargai perasaan dia terhadapku tapi aku sedikit pun tiada hati pada dia. Berjumpa dengan dia pun hanya dua kali. Masakan rasa cinta itu boleh hadir. Malah, sewaktu dengan dia, tiada pula hatiku bergetar yang pelik-pelik. Segalanya normal saja.

“I’m sorry, Syafiq. I appreciate your feeling tapi I tak ada perasaan dekat you,” kataku sebaik mungkin.

“Tak apa. Sekarang ni memanglah tak ada. Tapi dah lama-lama nanti, mesti you juga cintakan I.”

Beku bibirku nak menjawab. Dia awal-awal lagi sudah pasang harapan.

“I tak tahu. It might be or might not be. Jangan berharap sangat.”

“I akan cuba sedaya upaya I untuk ambil hati you. I promise.”

“Syafiq, don’t. I tak nak you buat sesuatu yang sia-sia,” halangku. Aku tak mahu dia membazir masa dan wang ringgitnya mengejarku. Aku bukanlah perempuan yang istimewa. Banyak lagi perempuan menarik di luar sana yang boleh buatkan dia jatuh cinta.

“Ini bukan kerja sia-sia. This is something for my future. Something yang I idam-idamkan…”

Aku mengeluh panjang. Aku tahu. Semua lelaki idamkan wanita pilihan untuk menjadi suri hidup mereka. Termasuklah Syafiq. Tapi bukankah masih terlalu awal untuk dia pasang angannya setinggi itu. Aku takut dia kecewa nanti.

“I tak bagi you harapan, okey? You can do whatever you want. Nanti kalau sampai bila-bila I tak dapat terima you, jangan salahkan I. Oklah, Syafiq. I ada kerja nak buat. I’ve to hang up.”

Aku terus mematikan talian tanpa menunggu balasannya lagi. Lantaklah. Aku sedikit jengkel dengan tindakan dan kata-katanya. Yakin sangat aku akan ‘jatuh’ ke tangan dia.

Yelah tu… Kita tengoklah nanti. Dia tak tahu, aku juga degil dan keras hati. Kalau hitam kataku, hitam jugalah akhirnya.

 * * *

Atas desakan dan pujukan yang bertubi-tubi, hujung minggu itu aku keluar berjumpa Syafiq di shopping mall. Sengaja aku memilih tempat sebegitu sebagai lokasi pertemuan kami. Lebih selesa di situ biarpun hakikatnya tempat yang bising dan tumpuan orang ramai itu bukanlah yang paling ideal untuk berbual. Dia juga tak bersetuju bila aku usulkan tempat itu.

“Shopping mall?” Suaranya meningkat seoktaf di talian.

“Ya, shopping mall. Tempat orang membeli-belah tu…” terangku andai kata dia kurang faham.

“I tak setuju.”

“Ok. Kalau you tak setuju, I tak nak keluar dengan you.” Aku mengugut dengan memberi dia dua pilihan. Aku tak rugi apa-apa kalau dia menolak. Malah,aku lagi senang hati, tak perlu keluar dengan dia.

“Tempat you pilih tu tak sesuai langsung.”


“You kata, I tak nak berusaha terima you sebab I selalu tolak ajakan you. Now, bila I dah agree, you pulak tak setuju…”

“Tapi your choice tu tak sesuai la…”

“Habis, takkan kita nak jumpa kat tempat tersembunyi pulak?” soalku geram. Aku belum kenal sepenuhnya dia tu siapa. Boleh dipercayai atau tidak. Lebih selamat aku rasa kalau kami berjumpa di shopping mall sahaja. Banyak pulak songehnya!

“Hmm.. oklah!” Dia setuju akhirnya. “I tunggu you di Kenny Rogers.”


Masuk ke restoran Kenny Rogers, mataku tercari-cari kelibat Syafiq. Aku perhati setiap orang yang ada. Namun tak ada satu pun yang menyerupai muka yang aku cari. Mana dia? Mustahil belum sampai.

Seorang pelayan mendekatiku. “Cik Alina?”

Terkejut aku mendengar pelayan itu menyebut namaku. “Ya, saya.”

“Cik cari Encik Syafiq, ya?” Aku mengangguk. “Encik Syafiq dah sampai. Mari, saya tunjukkan tempatnya.”

Aku mengikut pelayan itu dari belakang. Dari kawasan yang terbuka di ruang hadapan kedai, aku dibawa ke ruangan belakang yang lebih privasi. Nyanyian rentak hatiku berubah tempo. Ada yang tidak kena dengan kedudukan yang dipilih Syafiq. Terlalu privasi sehinggakan bunyi syiling jatuh pun aku rasa boleh bergema di seluruh ruang itu. Nak cari nahas Si Syafiq ni. Hampeh betul. Bijak betul dia mencari ruang.

Pelayan itu menunjukkan meja paling hujung. Berdekatan dinding dan terselindung dari orang lain. Susunan meja di situ semuanya untuk pasangan saja. Aku sungguh tidak puas hati.

“Hi, sweetie. You look so sweet.” Masya-Allah, betapa Allah saja yang tahu betapa gelinya aku mendengar sapaan dia. Hatiku bukannya kembang kuncup berbangga, tapi dah seperti pokok bunga yang hampir mati disimbah racun.

Syafiq bangun menarik kerusi untukku. Dan pelayan itu kemudian berlalu meninggalkan kami berdua. Aku menyelak menu yang ditinggalkan. Mukaku mencuka. Senyuman di bibirku pula umpama ‘berkembang segan, mekar tak mahu’. Seleraku mati. Gambar hidangan di dalam menu, tak ada yang menarik minatku. Ku pandang kosong tanpa sebarang keinginan untuk mengisi perut.

Pelayan tadi kembali semula mengambil pesanan. Aku sekadar memesan Classic Chicken Sandwich dan Ice Lemon Tea. Syafiq yang prihatin itu mulalah mempersoalkan menu yang aku ambil. Sedikit sangatlah, tak kenyanglah. Tapi aku tetap berkeras tidak mahu memesan menu lain dan akhirnya dia terpaksa mengikut kehendak.

“I ada hadiah untuk you. For our first date,” maklumnya lalu meletakkan paper bag kecil di atas meja. Selepas itu diletakkan pula sejambak bunga mawar merah di tepi paper bag itu. Membuntang mataku melihat hadiah yang dia sediakan.

“Syafiq, you tak payahlah susah-susah prepare gift ni semua. I tak mintak.”

“Small matter je. I tahu girls suka kalau lelaki buat romantic things macam ni…”

‘Tapi I tak suka,’balasku di hati. Memang Syafiq tersilap orang kalau dia fikir aku boleh jatuh hati pada dia dengan menyogokkan aku benda-benda yang dianggap romantik. Kalau aku sayangkan dia, tentu aku terharu. Tetapi masalahnya, aku tak sayangkan dia. Bagaimana aku nak rasa terharu dan menangis macam orang menang loteri tu?

“Lepas ni kita tengok wayang, ya? I dah belikan tiket.”

Aku pandang muka Syafiq tepat. Tidak menyangka dia punya rancangan yang panjang. Aku ingatkan setakat makan-makan sahaja. Dan setahu aku, tak ada pula dia masukkan agenda menonton wayang sebelum ini. Ataupun dia memang dah berniat cuma dia tak maklumkan padaku.

“Maaf Syafiq. You cakap dengan I, kita keluar makan aje. You tak cakap pun nak tengok wayang. I tak boleh pergi.”

“Tadi I tengok ada cerita best. I terus la beli. Rugi la kalau dah beli tak tengok.”

“Tak apa. I bayar balik harga tiket I tu. Yang satu lagi tu, you boleh tengok sendiri. I tak ada masa.”

“Sayang, you temankanlah I. Apa gunanya ada girlfriend tapi nak kena tonton wayang sorang-sorang.”

Telingaku menghangat. “Bila masa I jadi girlfriend you ni?” soalku sedikit tinggi. Pandai-pandai aje mamat ni.

“You sudi keluar dengan I, kan maknanya you dah terima I…” katanya dengan suara yang romantik. Kembang tengkukku jadinya.

“Syafiq, you dengar sini. I keluar dengan you ni bukan sebab I dah suka you. Tapi sebab you yang beria-ia ajak I keluar. Dan kita keluar ni pun sebagai kawan aje tau. Jangan nak melebih.”Aku bercakap panjang dalam suara yang cuba dikawal. Kesabaranku makin menipis.

“Alina, you tak payahlah nak jual mahal dengan I, sayang. You nak I belikan you apa? Cakap. I akan hadiahkan untuk you.” Serentak itu Syafiq mencapai tanganku di atas meja. Aku terkaku kerana terkejut. Dan apabila dia mula mengusap belakang tanganku, aku sedar semula dan menarik tanganku dengan pantas.

Syafiq memang gila! Something is wrong with him. Apa, dia ingat aku senang dibeli dengan wang ringgit? Dan senangnya dia menyentuh kulitku. Sesuka hatinya saja. Dia memang melampau.

Aku bangun dan berdiri tegak. Aku tersilap besar menurut kehendaknya. Aku tak sepatutnya bersetuju. Sepatutnya aku menjauhkan diri dari dia. Kerana di saat ini aku teramat yakin, dia bukan lelaki yang boleh dibuat kawan pun.

“Enjoy your lunch, Syafiq. I balik dulu.”Api kemarahan menyala-naya tapi aku masih cuba bertenang.  Tanpa sempat menyangkut beg di bahu, aku pantas meninggalkan dia. Dia menjerit memanggil namaku namun aku tak berpaling langsung.

Aku ngeri memikirkan perbuatan dan percakapannya!

* * *

Kedua-dua tanganku meraup kepala yang tengah pening. Aku betul-betul diserang sakit jiwa dengan lelaki yang tak faham bahasa itu. Sudah dua bulan, dia masih tidak henti mengejarku. Panggilan telefonnya tak mengira waktu. Siang, malam, ada saja yang hendak dia cakapkan.

Wajahnya pula, jangan cakaplah. Tak tentu masa boleh terpacul di pejabatku. Naik rimas aku dibuatnya. Kadang-kadang, selepas waktu kerja, kelibatnya sudah menanti di tempat parkir kereta. Menungguku dan mengajak aku keluar bersamanya. Sesungguh aku sudah serik dan takut nak menghadapi dia. Dan tak mungkin aku lupa dengan kelakuannya biadapnya itu.

Dia seolah terlalu banyak masa senggang. Boleh sesuka hati keluar masuk pejabatnya  bila-bila waktu.

"Oh, Alinaaaa~" Liana mengalunkan namaku dari pintu bilik. Apabila dia memanggil namaku ala-ala Mickey memanggil Tootles itu, aku sudah tahu apa tujuan dia mencariku.

“Kau tak payah cakap. Orang tua tu mesti ada kat depan, kan?” tekaku.

Panjang senyuman di wajah Liana. “Dia ada kat lobi. Aku ternampak dia masa aku nak masuk tadi. Aku rasa ada orang beritahu kau ada kat atas. Dia siap lepak sambil belek newspaper lagi.”

“Arrghh. Kau rasa kan Liana, aku patut daftar kat hospital sakit jiwa tak?” Aku tersandar di kerusi, tangan yang tergenggam, mengetuk dahiku beberapa kali. Aku hampir mereng dibuat lelaki itu.

Liana tertawa. “Patut dia yang pergi, bukan kau. Macam mana ni, lunch kita?” Liana duduk di kerusi depanku. Dia yang faham dengan situasiku, turut merasa risau. Kami sudah berjanji hendak menikmati nasi briyani di restoran yang terletak dua blok di belakang bangunan pejabat.

Aku pandang jam digital yang juga pencil holder di atas meja. Sepuluh minit lagi sebelum waktu rehat. Kalau keluar ikut pintu utama, sah-sah dia nampak aku. Itu dah seperti menyerah diri namanya.

“Kita ada escape route tak?”

Otakku mula berputar ligat mencari jalan alternatif. Liana turut memerah otaknya.

“Back door ada. Tak tahulah buka atau tak.”

“Jom try.”

Kami menunggu sehingga waktu rehat. Cukup masanya, aku capai purse, melangkah keluar ke lif dan turun ke tingkat bawah. Jika selalu kami membelok ke kiri untuk ke pintu masuk utama, hari ni aku dan Liana berubah haluan. Kami membelok ke kanan, berjalan melalui ruang koridor yang selalu digunakan untuk memindah barang itu sehinggalah kami bertembung dengan pintu belakang.

Nyaris aku menjerit keriangan apabila melihat pintu itu terbuka. Beberapa orang pekerja sedang memunggah barang dari dalam lori. Lega! Syukurku tak terhingga. Terasa aku bagai baru diselamatkan daripada kelemasan.

Kami menyusup keluar, berjalan laju di lorong belakang yang agak sunyi itu dan terus menapak di atas pavement di jalan utama. Selamat akhirnya! Ikutkan hati aku mahu melompat keriangan di situ. Menzahirkan rasa gembira yang membuak-buak.

I’m free!!!

Tapi… untuk waktu lunch ni sahaja la. Tak apa. Just enjoy the freedom sementara masih ada masa.

“Aku patut buat banner la Liana. Aku nak tulis kat situ - ‘Mr. Syafiq, please keep your distance. Stay away from me! Regards, someone who hate you’. Ok tak kau rasa?”

Liana tergelak. “Kenapa kau tak suka dia, Alina? Aku nampak dia memang serius sukakan kau. Dia dah berusaha ambil hati kau. Hantar macam-macam lagi kat ofis, takkan still kosong aje perasaan kau tu?”

“V.O.I.D.,” ejaku satu-persatu. “Aku bukan jenis perempuan yang mudah falling dengan excessive attention macam tu. Aku rimas. Aku tak boleh orang bersungguh-sungguh sangat. Macam satu paksaan pulak.”

“Aku tengok dia tu tak adalah teruk mana pun. Rupa pun ada. Kerja okey.”

“Aku tak kata dia teruk. Dia boleh jadi calon suami terbaik untuk gadis lain. He’s just not for me kut. Dan kalau dia tak buat kerja bodoh pegang tangan aku tu, mungkin aku boleh consider lagi. Tapi bila dia dah buat macam tu, it’s the end to everything. Hati aku dah tertutup terus. ”

Liana mengangguk bersetuju apabila kami memasuki ruang restoran yang sedang sesak dengan pelanggan. Dan perbualan itu tamat begitu saja.

 * * *

Aku mendengus geram dan mencampak handphone yang bernyaring itu ke atas katil. Syafiq memang seorang lelaki yang tak faham bahasa melayu dan bahasa inggeris. Degil dan suka memaksa!

Kenal dia seorang saja, haru-biru hidupku jadinya. Aku penat nak melayan karenahnya yang sering menganggu perjalanan hidupku.

Dia tak serik mengajakku keluar walaupun berkali-kali aku menolak. Memadailah sekali itu aku keluar dengannya. Cukuplah!

Handphone yang senyap beberapa saat itu berbunyi lagi. Kali ini, ada pesanan mesej yang masuk. Dengan malasnya, aku capai juga handphone itu dan melihat mesej dari siapa.

Dia lagi! Arrrghhh! Tension!

Aku buka mesejnya. Memang selalu aku akan baca walaupun aku tak membalas.

I rindukan you. I nak jumpa you. Come and meet me, please? I kat depan rumah you.

Hah?! Aku meluru ke tingkap. Kain langsir kuselak sedikit. Dan benarlah isi mesejnya itu. Nun di depan rumahku, di seberang jalan, dia sedang bersandar di keretanya menantiku.

Aku diserang gementar dan ketakutan. Aku tak terfikir Syafiq mampu bertindak sejauh ini. Dari mana dia tahu rumahku? Adakah selama ini dia mengekori dan memerhati setiap tindak-tandukku?

Syafiq. A stalker. Mungkinkah? Adakah itu pekerjaan tidak rasminya sekarang?

Aku terduduk di atas katil bersama debaran dihati yang maha hebat. Aku tahu tentang jenis lelaki seperti Syafiq. Mereka sanggup lakukan apa saja demi mendapatkan apa yang diinginkan. Selagi tidak dapat, selagi itulah mereka memburu.

Ya ALLAH… jauhkanlah aku dari sebarang bahaya. Kembalikanlah Syafiq ke dirinya yang asal.

Mesej Syafiq aku biarkan tak berbalas. Kemahuannya juga tak kuturuti. Aku tak tahu sampai pukul berapa dia menantiku. Aku tak berani menjenguk ke tingkap pun dan malamnya tidurku tidak lelap kerana dihantui ketakutan. Aku terbayangkan dia memecah masuk ke bilikku melalui tingkap.

“Ini dah kes berat!” Liana mengeluh sambil tangannya mengacau perlahan kopi di tangan.

“Apa aku nak buat?” Aku meminta pendapat Liana. Aku ceritakan pada dia tentang Syafiq yang seringkali menjadi penunggu di luar rumahku. Sudah tiga kali aku terlihat dia dalam seminggu ini. Walaupun tidak hari-hari namun tiga kali itu sudah cukup membuatkan aku tidak senang duduk.

“Kau kena laporkan pada polis,” saran Liana.

“Tapi dia tak cederakan aku. Dia cuma duduk saja dalam kereta dia tu, doing nothing except mengendap kut.” Aku mengambil tempat di sebelahnya. Menyandar di kaunter pantry pejabat. Mata dihalakan pada dinding kosong bercat putih.

“Mula-mula memanglah! Nanti kalau dah lama-lama? Masa tu nak menyesal pun tak guna. Aku cadangkan kau take action dari sekarang.” Nasihat Liana dan berpusing mengadapku pula. “Family kau dah tahu pasal ni?”

Aku menggeleng perlahan.

“Ya Allah. Patutnya kau beritahu aje abang kau tu. Biar dia halau si Syafiq tu…”

“Abang aku tu panas baran. Silap-silap patah riuk Syafiq tu dia kerjakan. Aku tak naklah hal ni sampai jadi besar.”

“Biarlah. Biar padan muka Syafiq tu. Nak sangat stalk anak dara orang.”

“Aku taklah kejam sangat, Liana.”

“Suka hati kaulah. Aku dah bagi nasihat. Kau fikirlah sendiri. Sekarang ni aku suggest mana-mana kau pergi, baik berteman. Karang kau sorang-sorang, buatnya dia ikut kau, habis kau kena ngap!” Usai bersuara, Liana menghirup sedikit kopinya. Aku diam memikir.

 * * *

Hujung minggu itu aku bermain badminton bersama Liana. Turut serta, dua orang kawan lelaki yang juga sepejabat denganku. Sebenarnya, mereka yang mengajak. Dan memandangkan aku dan Liana tidak berbuat apa-apa, kami lantas bersetuju.

Dari pukul tiga kami bermain sehingga ke pukul lima petang. Habis bermain kami singgah sebentar di café untuk menghilangkan penat dan menghilangkan dahaga.

Sambil itu, kami berbual-bual tentang hal-hal yang berkaitan pejabat dan isu semasa.

“Alina!” suara seseorang tiba-tiba menjerkah kuat. Mengejutkan kami semua yang tidak perasan dengan kehadiran orang lain.

Melihatkan Syafiq di situ, spontan aku berdiri. Wajahnya sedang menyinga memandang kami.

“You buat apa kat sini? How did you know I was here?” soalku memberanikan diri.

“You tak perlu tahu kenapa I ada kat sini. Tapi I nak tahu. You datang sini nak bermain badminton ke nak bergatal dengan jantan-jantan ni?” tanyanya, menjuihkan bibir pada Farid dan Zulfikar.

“Bro, cakap tu elok-elok sikit ya.” Farid menolak kerusi dan bangun. Dia nyata tidak suka dengan bahasa yang digunakan Syafiq.

Aku berjalan beberapa langkah ke hadapan. Masalah ini antara aku dan Syafiq. Aku yang harus selesaikan sendiri tanpa melibatkan orang lain. Liana cuba menarik lenganku, menghalangku dari mendekati Syafiq namun aku merungkaikan pegangannya.

“You tak hak apa-apa atas I Syafiq. I berhak keluar dengan siapa yang I suka. Dan I juga berhak ketawa dengan sesiapa yang I nak.”

Syafiq bertindak berani. Dia melangkah ke hadapan. Jarakku dan dia kini tinggal kurang dua kaki.

“You milik I, sayang. Forever and ever. I cintakan you dari zaman kita sekolah lagi.”

“What?!” Membuntang mataku tak percaya.

“Tentu you tak ingat I, kan? Maklumlah you kan famous. Mana nak perasan orang macam I. Dan kalau you nak tahu, I yang buat deal dengan syarikat you semata-mata I nak dekat dengan you. Sungguh I tak sangka setelah bertahun, I dapat jumpa you semula. Can you imagine how happy I am?”

Fikiranku melayang-layang. Semuanya sukar untukku cerna. Syafiq satu sekolah denganku dahulu? Tapi mengapa aku tak kenal dia? Mungkin dia seniorku memandangkan umurnya dua tahun lebih tua dariku.

Patutlah sukar benar dia mahu melepaskan aku. Sudah lama rupanya dia menyimpan perasaan. Bagaimana aku mahu memujuknya supaya melupakan kisah lama itu? Melupakan aku? Dahulu atau sekarang, aku tetap bukan miliknya.

“Untuk kali terakhir Syafiq, tolonglah. Jauhkan diri you dari I. I tak cintakan you,”rayuku sepenuh hati.

“I can make you happy, sayang….” Dia tiba-tiba mengangkat tangan, cuba menarik pinggangku. Aku menolak tubuhnya jauh dan Farid tiba-tiba datang menyelamatkan aku. Dia berdiri dihadapanku. Aku lantas berlindung dibelakangnya.

“Enough!” Farid memberi amaran. Tetapi Syafiq yang sememangnya tak faham bahasa itu terus menumbuk tubuh Farid. Liana terjerit memberi amaran. Farid cuba mengelak tapi terlambat. Aku yang tidak sempat berganjak, tertolak ke belakang. Tubuhku terhempas ke meja.

Setelah keadaan tidak dapat dikawal, Zulfikar datang membantu. Dia menangkap Syafiq yang seperti kerasukan itu dari belakang. Dikilas dan dipegang tangan Syafiq sekuatnya, Zulfikar yang berbadan besar itu semestinya tiada masalah mengawal Syafiq.

Kemudian, dia dan Farid sama-sama mengikat Syafiq dengan dibantu pelayan di restoran itu. Entah bila masanya pelayan itu menyertai kami, tidak pula aku perasan.

Dan atas saranan mereka bertiga, aku melaporkan kes itu kepada pihak polis. Biarlah polis yang menghukum Syafiq atas obsesinya yang melampau sehingga mencederakan orang itu.

- E. N. D -

It’s not love. This isn’t love. It’s just your obsession. Wherever. Whatever I do. It’s frightening. The you who watches me...
Ilham dikutip dari lagu;  Song Ji Eun (Secret) - Going Crazy (미친 거니)

»»  read more

Antara Kata & Rasa - 9

Posted by Unknown on 15 July 2011. Filed under: ,
No Comments »


MAJLIS yang jarang-jarang diadakan itu berakhir lewat petang. Majoriti tetamu yang datang sudah meminta diri. Tinggal beberapa orang sahaja. Pinggan mangkuk dan semua perkakas yang digunakan sudah siap dikemas. Ruang tamu dan dapur juga sudah dirapi dan disusun semula seperti asal.

"Maira, Sara dan Intan ke mana, Leen?" soal Kamilia.

Dia sedang membancuh kopi panas untuk dihidangkan di ruang tamu manakala aku pula sedang memotong puding jagung yang berbaki untuk dimakan bersama. Sebagai hidangan petang untuk tetamu yang masih belum pulang dan kami juga.

"Kata mereka nak keluar beli barang…" maklumku seperti mana yang aku ketahui.

"They seek you out before they go?"

Puding jagung yang dibuat semalam itu agak lembik. Agak sukar untuk memindahkannya ke dalam pinggan. Tugas itu aku lakukan dengan perlahan dan cermat agar puding itu kekal di dalam bentuknya dan tidak terjatuh di atas meja.

"Ya. Kalau tak beritahu nanti, tertanya-tanya pula kita…" balasku.

"Lama lagi ke nak siap kerja kau tu?"

"Almost done. Just need a few pieces more and then we're ready to go."

Aku menambahkan beberapa ketul lagi puding berwarna kuning itu sementara Kamilia menanti kerjaku selesai. Kemudian kami beriringan membawa hidangan ke ruang tamu.

"Eh, si Puteri belum balik lagi ke?" soal Kamilia tiba-tiba sambil sikunya sempat 'dilayangkan' pada lenganku. Nasib baik jugalah 'layangan'nya itu tidak sekuat mana. Selamat jugalah puding jagung tu.

Ternampaklah dek mataku ini wajah perempuan bernama Puteri yang disebut tadi. Bukan main rancak dia berbual dengan Abang Faid. Entah apalah yang dia ceritakan. Belum sehari kenal, macam sudah berpuluh-puluh hari kenal kalau melihat dari cara berbualnya.

Entah mengapa, hatiku yang tenang, beriak tanpa di sangka. Atas sebab apa?

Cepat-cepat aku benamkan rasa yang tidak enak itu ke dasar hati.

"Kalau memang itu wajah milik Puteri, memang betullah dia belum pulang. Tak tahulah pula kalau tiba-tiba badan orang lain roh orang lain pula," jawabku.

"Ingat ni cerita science-fiction ke?"

Senyuman panjang dari aku menyambut soalannya. Sekali-sekala nak berangan…

"Kenapa lambat pula dia pulang? Selalunya kalau kat rumah orang lain habis makan aje, terus tak nampak bayang…" Kamilia terus mengasak dengan kehairanannya.

"Itu dah macam berbau misteri, kan?"

Kamilia ketawa. "Macam-macamlah kau ni. Aku sedang bercakap hal serius ni."

"Hmm…"

Aku melihat Puteri Jelita. Memang sungguh dia jelita. Bagaikan puteri yang turun dari kayangan. Tidak hairanlah kalau gadis Pan-Asian itu agak terkenal di kalangan pelajar Malaysia yang merantau di bahagian Northeastern. Rupanya saja mampu 'mengelegakkan' hati mana-mana lelaki, belum lagi 'disimbah' dengan senyumannya…

Aku melihat pula jejaka di sebelahnya. Jejaka yang kacak rupanya. Boleh mengusik hati mana-mana wanita.
Aku melihat lagi pada Puteri Jelita yang sememangnya terkenal dengan sifatnya yang umpama rama-rama. Sentiasa menghampiri bunga yang bermadu. Atau dalam kes dia, menghampiri jejaka yang dirasakannya menarik.

Dan kesimpulannya di ketika ini…

"Di mana ada kumbang, di situlah juga ada bunganya…" Nyanyi Kamilia secara tiba-tiba dalam rentak lagu yang entah apa-apa. Siap ditukar pula peribahasa itu.

Kerana nyanyiannya yang cukup perlahan dan entah apa-apa itu, aku ketawa kecil. Terasa lucu pula.
Dia juga sudah faham sendiri dengan persoalan yang dia bangkitkan tadi. Lalu aku tidak menambahkan kata. Sudah maklum dikalangan pelajar Malaysia di sini, bagaimana orangnya si Puteri Jelita itu. Bukanlah hendak dikatakan dia jenis perempuan miang, tetapi selalunya begitu. Pantang ada lelaki handsome, pasti dia juga ada. Dan pandai pula dia memancing perhatian lelaki-lelaki itu.

Aku dan Kamilia ikut serta dalam perbualan mereka. Sesekali, dapat aku kesan Puteri Jelita cuba mengasingkan dirinya dan Abang Faid dari kami. Abang Faid hanya sesekali melayannya sebelum dia menyertai kami semula.

Bukan aku sahaja yang sedar tentang hal itu. Kamilia juga menyedarinya. 'Signal' yang dia cuba sampaikan amat aku fahami.

Tidak lama selepas aku menyertai mereka berbual, Abang Khaizuran dan Abang Faid menyuarakan hasrat hati ingin meminta diri. Kamilia meminta aku mengambil bungkusan makanan yang telah siap dia sediakan. Untuk Abang Khaizuran bawa pulang ke rumah.

Aku ke dapur seketika memenuhi permintaan Kamilia. Sewaktu aku kembali ke ruang tamu, Abang Khaizuran, Abang Faid dan Kamilia telah bergerak ke ruang foyer. Sudah tidak sabar agaknya abang berdua itu hendak pulang.

Segera aku membawa bungkusan makanan kepada mereka. Takut juga kalau mereka sedang menunggu kerana itu.

"Nanti-nanti free la…" Aku terdengar Abang Khaizuran berkata pada Kamilia.

"Okey… Insya-Allah…" balas Kamilia seperti berjanji.

"Ajak Leen sekali. Jangan pula datang seorang…" sampuk Abang Faid.

Eh, rancangan nak ke mana pula? Tup-tap aje rancangannya tanpa 'minit mesyuarat' terlebih dahulu…

"Ataupun ajak satu rumah ni pun tak apa…" Abang Faid menyambung.

"The more, the merrier…" tambah Abang Faid kemudian.

Aku menyuakan bungkusan di tangan dengan muka bersalut tanda tanya. Abang Faid menyambutnya memandangkan dia lebih dekat denganku. "Buat rancangan nak ke mana?" soalku ingin tahu.

"New Haven. Dah dua trip kita orang buat ke sini. Sekarang ni, giliran Ain dan Kammy pulak…" maklum Abang Khaizuran bersama sengihan.

Kamilia dengan cepat menyahut. "Alah, kita orang bukannya tak pernah ke New Haven tu… Dah tiga empat kali jejak dah…"

"Dah pergi bukan bermakna dah melawat semua tempat, kan? Kalau Kammy dan Ain ke sana nanti, kita round la satu New Haven tu," Abang Khaizuran memberi alasan kuat agar kami tak dapat mengelak.

"Oklah. Apa-apa hal, Kammy call or sms nanti," balas Kammy menyerah.

Setelah puas hati dengan perjanjian Kamilia, barulah mereka keluar meninggalkan ruang foyer menuju ke kereta yang di parkir di tepi jalan.

»»  read more

Antara Kata & Rasa - 8

Posted by Unknown on 23 June 2011. Filed under: ,
No Comments »


KEMERIAHAN terasa apabila sesekali berkumpul teman senegara. Makanan yang dihidang, enak dan sedap terasa di mulut. Berulang pinggan bagaikan tidak tersedar. Tetapi, bagi yang menjaga badan, yang ingin sentiasa kelihatan ramping, begitu berhati-hati pula memilih makanan. Sunguhpun demikian, bagi tetamu lelaki yang datang, sedikitpun tidak di endah kandungan lemak, minyak ataupun ‘ajen-ajen’ penambah berat badan yang terkandung dalam makanan yang diambil. Hinggakan sesekali anak mata Puteri Jelita, gadis berkulit putih kuning dan mempunyai bentuk tubuh seperti model itu, kerap menyongsang pandang ke meja makanan di atas meja yang disusun khas untuk meletak makanan.

Aku, Humaira dan Guat Ling mencuri tempat di satu sudut di ruang makan. Tidak terlalu jauh dari ruang tamu. Masih lagi boleh dilayangkan pandangan sesekali ke ruang tamu. Yang kecoh dengan suara-suara mereka yang asyik bersembang. Kami bertiga bertukar cerita. Bersusun pinggan, piring dan gelas di hadapan kami. Gelas biru milik Humaira kosong tidak berisi. Pinggan putih kepunyaan Guat Ling, masih berbaki dengan sate dan kuahnya.

“Leen…”

Mendengar namaku dipanggil, aku segera menoleh. Walau sudah diketahui siapa pemanggilnya.

Satu senyuman aku lemparkan tanpa berkata. Cukuplah sekadar senyuman dan pandanganku menjawab panggilan dia.

“Kuah sate dah berkurang. Masih ada lagi kat dapur?” soal Abang Hamzah.

Aku cuba menjenguk ke meja makanan yang tidaklah terlalu dekat denganku itu. Biarpun tahu aku tidak mungkin dapat melihat isi kuah sate itu, tetap juga aku mencuba. Aku bangun berdiri. Berkeriuk bunyi kerusi bergesel dengan lantai rumah.

“Ada lagi rasanya kuah tu. Maisara tak isikan semuanya. Isn’t that correct, Maira?” tanyaku meminta kepastian.

“Yap, Maira tengok tadi ada sikit lagi dalam periuk kat tepi kabinet tu…” setuju Humaira dengan anggukan.

“Sekejap, Leen isikan semula.”

Abang Hamzah tetap berdiri dalam kumpulan Humaira dan Guat Ling. Sebaliknya aku menyusun langkah ke meja makanan. Aku mencapai tray buffet berisi kuah kacang. Hendak di bawa ke dapur dan ditambah isinya seperti yang Abang Hamzah sarankan secara kiasan. Mujur juga Abang Hamzah cepat perasan. Tak adalah yang perlu mengikis kuah kacang itu sesungguh hati demi untuk menjamah sate daging dan ayam yang dihidang.

“Oppss…” Operasiku terhenti di pertengahan jalan. Aku dan Abang Faid berselisih di penghujung meja. Mujur sahaja tak berlaku ‘accident’. Abang Faid terlebih dahulu memberi amaran.

“Dah habis ke kuah kacang?” tegurnya kemudian. Dijengahnya isi tray.

Aku menggeleng seraya mendekatkan kuah itu kepadanya sedikit. Agar matanya dapat menangkap isi tray yang sedang aku pegang.

“Leen nak tambah lagi kuahnya. Abang Faid nak ke?” kataku mempelawa.

Dia menggangguk lalu aku meletakkan seketika tray itu di ruang kosong di hujung meja makan itu. Aku mencedok baki kuah kacang yang ada lalu mengisinya ke dalam pinggan Abang Faid. Sedikit dari kuah kacang itu aku ‘siramkan’ ke atas sate daging yang telah dipilihnya.

“Sate daging aje? Abang Faid tak suka ayam ke?” Aku bertanya meledakkan rasa ingin tahu. Hairan juga apabila sate daging sahaja yang berada di pinggannya. Sedangkan sate ayam juga kami hidangkan.

Melihatkan sudah ‘banjir’ pinggan Abang Faid, aku meletakkan semula senduk di dalam tray.

“Abang Faid lebih prefer sate daging dari sate ayam. Ayam dan daging ni beli di mana?” soalnya. Seperti ingin tahu. Aku mengerti. Tinggal di sini, di kalangan bukan Islam, makanan perlu dijaga. Perlu dipastikan halal. Atau mungkin juga dia berminat ingin tahu agar dia juga boleh membelinya.

“Abang Jamil yang tolong belikan. Dia ke West Haven dua hari lepas, jadi kita orang minta tolong dari dia. Ada halal market di sana.”

“Hmm… Dah berapa kali Leen ke West Haven semenjak ke sini?”

Aku terdiam sejenak, mencongak di minda hari-hari yang pernah aku habiskan di tempat yang disoalnya. Dan disebabkan hari-hari itu boleh di bilang dengan jari sahaja, maka Abang Faid tidak perlu menunggu lebih lama untuk mendapat maklumbalas dariku.

“Dua kali.”

Terangkat kedua-dua keningnya. “How many years have you been here?” Tanyanya seperti tak percaya. Seolah-olah di fikirannya sudah bertahun aku tinggal di Amerika.

“Just a few months. Seven months to be exact…”

“Ooo…” Panjang dan meleret bunyi ‘o’ yang disebutnya. “Abang Faid ingatkan dah lama…”

Abang Hamzah datang menegur kami ketika itu. “Bila nak berisinya kuah sate tu cik adik, oi?” sergahnya dalam jenaka.

Cepat-cepat aku mengangkat tray. “I’m on my way…” balasku sambil membetulkan pegangan tray di tangan.

“Dah berpuluh minit abang tengok ‘tersangkut’ kat sini, ‘on the way’ apanya.”

“Somebody needs the gravy, I can’t hardly leave him staring wistfully at the tray, can’t I?” kataku cuba berjenaka. Abang Faid di hadapanku meleretkan senyuman. Manakala Abang Hamzah menjongketkan keningnya tanpa kata.

Takut ditegur lagi oleh Abang Hamzah, aku terus membawa diri dan tray ke dapur. Aku tinggalkan kedua-dua jejaka itu di situ. Membiarkan mereka berbual.
»»  read more

Antara Kata & Rasa - 7

Posted by Unknown on 22 June 2011. Filed under: ,
No Comments »


KAMILIA, di antara kami berlima penghuni rumah ini, dia yang paling sibuk sekali. Dari awal pagi, sebelum bumi Hartford disuluh sinar pagi dia sudah siap-sedia berkerah tenaga di dapur. Sepanjang hari ini dialah yang bakal menjadi tunggak utama di rumah mewakili kami. Dialah yang bakal menjadi ‘orang kuat’ mengendalikan majlis yang aku dan dia rancangkan dua minggu lepas. Dan aku yang telah dilantik secara sebulat suara sebagai pembantu utama di persidangan meja bulat ruang tamu, sudah siap menyimpan tenaga untuk dikerah. Sudah bersedia untuk membakar kalori dengan kelasakkan ‘aktiviti’ku hari ini.

Menginjak waktu ke pukul 9 pagi, jemputan yang dihulur mula bersambut. Pelajar perempuan kumpulan yang pertama datang. Datang awal yang bersebab. Membantu menolong apa-apa yang perlu. Maka, ruang dapur kami itu jadi sedikit sesak. Dari kami berlima di tambah pula dengan lima orang lagi. Mujurlah lima sahaja. Kalau sepuluh, seperti di dalam tin sardin sahaja lagaknya keadaan kami mungkin.

Di kalangan pelajar Malaysia yang menuntut di sini, tiga belas orang darinya adalah perempuan. Manakala yang selebihnya lelaki. Sepuluh orang pelajar perempuan tinggal di dua buah rumah yang berasingan. Dan tiga orang lagi yang sudah berkahwin tinggal sendiri bersama pasangan masing-masing.

Aku menjenguk rendang di atas api. Mengacau seketika kuahnya sebelum aku beralih membantu Humaira memotong timun untuk di makan bersama kuah sate.

“Leen, mana Kammy?” Tanya Zulaikha dari ruang hadapan dapur.

Aku menghentikan kerjaku. Lalu, menoleh mencari Kamilia. Sepasang anak mataku tidak dapat mengesan tubuhnya. “Entah, tadi dia ada.”

Wah, ghaib pula dia. Baru sekejap tadi dia bersama kami. Sudah terbang ke mana pula cik puan muda rumah kami tu?

“Kak Kammy ke tandas…” Maklum Intan Amira yang sedang berdiri di tepi peti ais. Ada juga yang tahu ke mana Kamilia menghilang.

“Kenapa?” Soalku pula pada Zulaikha. Kalau tiada sebab, mustahil dia mencari Kamilia.

“Ada orang cari dia. Aku tak kenal siapa. Tak berani aku nak panggil masuk,” terang Zulaikha. Wajahnya tertumpah padaku. Memohon ‘arahan’ seterusnya dariku. Dibenarkan sahaja tetamu itu masuk atau bagaimana?

“Siapa?” soalku dengan dahi berkerut. Agak hairan juga kalau Zulaikha tidak mengenali tetamu yang datang itu. Mungkinkah tetamu tak diundang? Tapi soalnya siapa gerangannya mereka? Ingin menumpang makankah? Atau ada hajat tertentu yang ingin di bawa? Atau mungkin jugakah wakil dari Kedutaan Malaysia membawa berita penting? Semakin aku pelik.

“Entah. Aku lupa nak tanya.”

Dalam rasa kehairanan dan ingin tahu, aku menyerahkan sepenuhnya tugasku pada Humaira. Lantas aku ke pintu masuk utama. Aku tak menanti Kamilia kerana aku tahu, kalau ‘misi’ besar yang sedang dia jalankan ketika ini, sekurang-kurangnya setengah jam lagi baru dia keluar. Takkanlah hendak dibiarkan tetamu di luar itu menanti dalam kesejukan?

Apatah lagi hari ini, keadaan cuaca tidak menentu. Awal pagi tadi rintik-rintik hujan turun sekejap dan seketika tadi, manik-manik salji pula gugur ke bumi. Dan kalau tidak silapku, ramalan berita semalam mengatakan angin hari ini akan bertiup sekitar 37km/h. Aku tidak berharap ada pula ‘snow man’ membeku di halaman rumahku. Biarpun aku mendapatnya secara percuma.

Kerana itu juga, aku dan Kamilia membuat keputusan untuk mengadakan majlis di dalam rumah sahaja. Pandai-pandailah tetamu menyesuaikan diri seandainya tidak cukup ruang nanti. Yang pentingnya kami tidak mahu tetamu yang datang menggigil di luar rumah.

Tergaris senyuman di bibir melihatkan gerangan orang yang dimaksudkan Zulaikha. Dua orang lelaki sedang berdiri di halaman rumah sambil memandang sekeliling. Seperti tidak tentu arah. Yalah, siapa yang tidak jadi begitu sekiranya ‘ditinggal’ dalam kesejukan menanti bagaikan orang yang tidak diundang. Kedua-duanya lengkap memakai jaket tebal. Keselamatan untuk menggelakkan diri kesejukan.

“Abang Khai! Abang Faid!” panggilku. “Jemputlah masuk.”

Dengan undangan mesra itu, mereka mengikutku ke dalam rumah.

“Dah ramai tetamu yang datang?” soal Abang Khaizuran menanggalkan jaket tebalnya.

“Biar Leen yang simpan,” sahutku melihatkan dia seperti tidak tahu hendak meletak di mana jaketnya itu. “Tetamu lelaki, abang dengan Abang Faid orang pertama sampai.”

Aku mengambil jaket yang dirintik dengan butir-butir salji itu. “Abang Faid nak pakai jaket tu masuk ke rumah ke?” soalku apabila Abang Faid tidak membuka jaket di tubuhnya.

Mata bertemu mata sejenak. Dia senyum. Terpaku aku dibuatnya. Terasa seolah bumi Hartford bertukar musim. Dilitupi musim bunga. Senyuman itu ku sambut jua bersama hati yang berubah rentak.

“Dibenarkan ke?” Abang Faid bersuara.

“Kalau ikut human law, tak boleh. Kalau ikut tuan rumah, lagi tak boleh… Nanti basah rumah kita orang…” jawabku menanti di tepi closet.

Dia menanggalkan jaket lalu disuakan kepadaku. “In that case, I have no choice…”

Masuk ke ruang tamu, aku mempelawa mereka duduk. Sempat juga ‘menawarkan’ agar rumah itu dibuat seperti rumah mereka sendiri. Setelah itu, aku tinggalkan mereka. Tetapi baru sahaja beberapa tapak aku melangkah, laungan salam kedengaran lagi. Kuat dan jelas. Tanpa perlu menggunakan pembesar suara.

Menapak lagi aku ke pintu utama rumah. Abang Hamzah, Khairi dan tiga orang lagi teman serumah mereka pula menanti untuk kali ini. Dan seperti selayaknya tetamu disambut, aku menjemput mereka menyertai tetamu yang lain. Aku perkenalkan Abang Khai dan Abang Faid pada mereka. Dan selepas itu aku kembali menyambung tugasku sementara menanti Kamilia ‘selesai’ dengan tugasnya. Seterusnya memaklumkan kehadiran abangnya.

»»  read more

Antara Kata & Rasa - 6

Posted by Unknown on 21 June 2011. Filed under: ,
No Comments »


SETENGAH jam di rumah, kami keluar ke bandar Hartford. Tiada tempat khusus yang hendak dituju. Sekadar berjalan-jalan menghabiskan waktu. Juga memberi ruang buat Kamilia dan abangnya meluangkan masa bersama sebelum Abang Khaizuran dan Abang Faid bertolak semula ke New Haven.

Lebih kurang setengah perjalanan kami lalui, Abang Khaizuran tiba-tiba memberhentikan keretanya di bahu jalan. Beberapa meter sahaja dari sebuah simpang empat. Tertanya-tanya juga hatiku sebab-musababnya dia berhenti tiba-tiba begitu.

Kereta rosakkah? Alahai kereta, kalau hendak rosak pun, mengapalah tidak sewaktu kami masih di rumah tadi…

Hatiku meresah. Bimbang seandainya terjadi satu aktiviti yang tidak pernah aku lakukan selama ini. Bagaimana kalau aku, Kamilia dan Abang Faid terpaksa menolak kereta itu? Maka seandainya adegan yang tidak ingin aku bayangkan dan tidak pernah aku impikan itu berlaku, akan terlakarlah satu sejarah baru dalam hidupku.

Inikah masanya aku bakal menyertai aktiviti yang julung-julung kali berlaku itu?

“Kenapa kau berhenti kat sini?” Abang Faid bertanya dengan riak penuh kehairanan.

Abang Khaizuran menarik brek tangan lalu menanggalkan tali pinggang keledar. Kami bertiga menanti jawapan.

“Aku nak ke kedai tu kejap,” balasnya seraya menunjuk ke Albany Grocery Store di hadapan. “Ada barang aku nak cari. Kau orang nak stay dalam kereta atau nak ikut?”

Kamilia terlebih dahulu membuka pintu kereta. Teramatlah jelas jawapannya. Lalu aku menurut. Membuka pintu kereta dan melangkah keluar. Disusuli dengan Abang Faid dan Abang Khaizuran.

Berdiri di atas concrete pavers, telingaku sayup-sayup menangkap irama muzik. Aku mencari dari mana datangnya. Aku berpusing ke belakang. ‘Heartbeat Music & Cd’s’. Aku teramat yakin muzik itu datangnya dari situ. Selang sebuah kedai sahaja kedai itu dari tempat aku sedang berdiri.

Segera aku memaklumkan pada Kamilia. Aku tidak akan mengikut mereka ke kedai runcit. Kaki ini ‘teringin’ hendak memesong ke kedai muzik. Tanpa banyak bertanya, Kamilia mengikut saja kehendakku. Dan aku tanpa bertangguh, terus bergerak laju. Tepat ke sasaran. Bagaikan peluru berpandu yang sudah di’target’ kedudukannya.

Semakin dekat, semakin jelas alunan muzik itu di telinga. Sungguh indah dan mengasyikkan! Terasa seperti kali pertama mendengarnya walaupun ini bukanlah yang pertama bagiku. Malah koleksi lagunya turut berada dalam simpananku.

Aku menolak perlahan daun pintu cermin yang berpelekat pelbagai poster. Kedengaran loceng berbunyi bergabung dengan alunan muzik. Cacat seketika iramanya. Aku menghayati irama yang dimainkan. Irama yang kini amat jelas di telinga. Alunan violin digesek begitu merdu. Salah satu dari karya terhebat Antonio Vivaldi. Siapalah yang tidak pernah mendengar The Four Seasons yang iramanya terdiri dari Spring, Summer, Autumn dan Winter. Empat violin concertos yang digubah untuk menggambarkan adegan di musim luruh, sejuk, bunga dan panas. Dan kerana itulah juga violin concertos itu dinamakan The Four Seasons. Dan Spring merupakan irama yang paling aku sukai di antara keempat-empatnya.

Irama bertukar. Dari Summer ke Winter. Terasa dekat irama itu di hati. Apatah lagi dengan keadaan musim yang sedang meliputi bumi Hartford tika ini. Aku menghayati irama Vivaldi seketika.

Loceng kedai itu berbunyi lagi. Ada pelanggan yang datang. Aku melihat penjaga kedai yang sedang membaca suratkhabar itu memandang sekilas ke muka pintu sebelum dia kembali pada suratkhabar di hadapannya. Aku melangkah melewati deretan CD. Langsung tidak mengambil pusing pelanggan yang berkunjung ke lot kedai yang tidak sebesar mana ini.

Aku melihat-lihat sambil telinga terus di paku pada irama muzik. Air In G karya Bach yang berkumandang kini. Sedang aku asyik…

“Minat dengan classical music?

Tangan kiriku melayang lalu melekap di dada secara refleks. Terasa betapa pantasnya degup jantungku. Teguran tanpa salam itu membuatkan aku hampir semput nafas!

Kus semangat…

Perlahan aku berpaling ke sisi. Walau seakan tahu siapa pemilik suara itu, kepastian perlu ada. Biar ada buktinya. Agar tidak tersalah orang.

Wajah Abang Faid yang sedikit tersenyum itu terhias di mata. Senyuman yang tidak begitu melebar dan tidak juga terlalu sedikit hingga boleh dikatakan sengaja dibuat-buat. Ada keikhlasan dalam senyuman yang diberikan padaku itu. Aku membalas seadanya perlu. Ada paluan kecil jauh di sudut hati sedang bergendang.

Ah, kenapa dengan hati ini? Chinese New Year dah lama berlalu… Tak perlulah nak bergendang lagi…

Aku mengangguk sebagai jawapan balas pada soalan yang ditanya. Aku meletakkan semula CD Winter Collection yang bertemakan warna biru putih dan berhiaskan pokok fir di kulit depannya. Di tempat aku mengambilnya tadi. CD itu yang ‘menemani’ aku sebelum Abang Faid datang dan menegurku dengan ‘ramah-tamah’nya.

“Hmm… Classical Masterpiece… The Best of Vivaldi…” Abang Faid bersuara perlahan.

Adakah dia sedang memberitahu aku. Atau cuba mengatur perbualan. Aku teragak-agak untuk menjawab. Kerana kalau di pandang sekali ke arahnya, melihat dia agak khusyuk membelek CD berwarna hijau itu, kelihatan seperti dia sedang bercakap sendiri. Tapi, takkanlah dia gila pula nak bercakap seorang diri, kan?

“Leen pernah dengar The Four Season karya Vivaldi?” Terang dan nyata soalan ini ditujukan padaku.

“Pernah,” pendek sekali jawapanku.

“Leen suka yang mana antara keempat-empat muzik tu? Spring sangatlah best…”

“Iya? Leen pun suka Spring…” balasku sedikit teruja. Tak menduga Abang Faid juga sukakan muzik itu.

“Antara semua classical music, muzik dan karya siapa yang paling Leen suka dengar? Abang Faid suka Dance of The Red Pipe…”

“Karya Tchaikovsky?” Sahutku menyudahkan kata Abang Faid tanpa sempat dia menoktahkan kata pernyataannya. Sedia aku tahu siapa lagi pengubah Dance of The Red Pipe kalau bukan lelaki yang namanya aku sebutkan itu.

Dia memandangku. Sedikit terkejut. “Your favourite too?” Soalnya dengan mata membesar.
Tak percaya ke?

Aku mengangguk laju. “My all time favourite,” maklumku. Walau agak tak percaya ‘kebetulan’ yang berlaku secara berturut-turut itu, tapi aku berlagak selamba. Bagiku, tak mustahil andai di dalam dunia ini ada lagi yang ‘berkongsi’ muzik yang sama denganku. Mahupun pada muzik Vivaldi atau Tchaikovsky.

Abang Faid terdiam sedetik. Seperti sedang memikir. Kemudian, dengan jari telunjuk mengetuk lambat-lambat tulang pipinya, dia bersuara, “Wah, citarasa kita serupa…”

Aku senyum. “Ya, citarasa kita serupa. Dan mungkin juga citasa beribu orang lagi yang berkongsi minat dan rasa yang serupa dengan kita.” Agak panjang pula jawapanku kali ini. Dalam rasa menyatakan pendapatku tentang ‘kebetulan’ kami.

Pandanganku tersasar pada cermin kedai yang memisahkan aku dari kedinginan cuaca di luar. Aku seperti ternampak kelibat bayangan seseorang di situ. Aku memfokuskan pandangan pada cermin yang bingkai kelilingnya dilitupi salji. Cuma di bahagian tengahnya saja yang dibersihkan dari kepingan salji.

Kamilia rupanya yang berdiri di luar. Dia melambai dan menggamit padaku. Malas agaknya hendak masuk dan memanggil aku dan Abang Faid sendiri, maka dia lebih rela memanggil kami dari luar. Dan lambaian tangannya terhenti setelah dia pasti aku tahu maksud lambaiannya itu.

Aku memaklumkan pada Abang Faid yang kami perlu beredar. Tidak jadi Abang Faid melihat sebuah CD yang terletak di hujung rak di depannya. Dia mengikut aku keluar dan loceng pintu kedai itu berbunyi lagi. Dua kali loceng itu berbunyi ‘menyambut’ kedatangan dua orang pelanggan tapi sekali sahaja bunyinya ‘menghantar’ pemergian kami.

»»  read more